HPA Industries Sdn Bhd diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada tahun 1995 dan merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputra Muslim yang telah menghasilkan banyak produk HALALberupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan HALAL dan produk kegunaan harian. Perniagaan ini dijalankan secara Multi Level Marketing (MLM). HPA (Herba Penawar Alwahida) adalah suatu kaedah penyembuhan berasaskan herba sumber alam semulajadi yang telah terbukti dapat menyembuhkan pelbagai penyakit penyakit.
Perniagaan MLM HPA telah diiktiraf sebagai MLM Syariah oleh Biro Konsultansi Majlis Ulama Indonesia dan HPA sendiri mempunyai Panel Syariah yang bertindak memantau segala aktiviti perniagaan HPA dari segi penyediaan produk dan konsep perniagaan yang digunakan. Ahli panel syariah HPA ini terdiri daripada para ahli akademik, pensyarah, professor dan ahli agama.
Apakah peluang yang ditawarkan oleh syarikat HPA?
Selain daripada peluang perniagaan MLM, anda juga boleh mempelajari ilmu diagnosis penyakit dan perawatan seperti bekam, akupunktur dan refleksologi. Pelan pemasaran MLM adalah berlandaskan syariah yang telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya. Justeru itu, kami ingin mengajak anda untuk turut serta menceburkan diri dalam perniagaan HPA.
Kurus keusahawan dan perawatan herba turut disediakan oleh pihak HPA kepada ahli-ahlinya bagi melahirkan seorang usahawan yang berjaya dan juga perawat yang terlatih. Mari bersama kami menjalankan perniagaan terulung umat Islam masa kini. Anda hanya perlu menjadi ahli, beli, guna produk dan menaja untuk memperoleh pendapatan lumayan secara online ataupun offline.